Thursday, July 12, 2012

Selamat Datang Ke Keluarga KKDK


Buttonbadge KKDK


Hai semua. KKDK nak ucapkan selamat datang kepada semua adik-adik yang baru sahaja mendaftar sebagai keluarga kkdk pada 9 dan 10 Julai 2012. Alhamdulillah proses pendaftaran berjalan dengan lancar. KKDK telah menerima seramai 53 orang ahli baru. Mungkin kelihatan sedikit, namun kkdk lepas jumlah minima sebuah kelab iaitu 50 orang.

Terima kasih tidak terhingga kepada Abang Halim, Abang Khairul Fitri dan Kak Syazwani kita kerana bertungkus-lumus untuk menjayakan pendaftaran ini yang berlangsung selama 2 hari iaitu bermula pukul 9.00pm sehingga 11.00pm. Walaupun hanya bertiga, mereka mampu menjayakan proses ini.

Tak sabar rasanya untuk New Sibling Brief ^^ InsyaAllah akan dilakukan dalam masa terdekat ini. Bercerita tentang program. Program terdekat kkdk adalah pada 28 Julai 2012. Iaitu Ekspedisi Berbasikal-Singgah Sahur. InsyaAllah jika tiada aral melintang kkdk bersama ahli baru akan bergerak ke sekitar Kuala Lumpur.

Terakhir, terima kasih kepada MudahSiswa atas sponsorship buttonbadge kkdk semasa hari pendaftaran tersebut. *yang kat atas tu  ^^ We really appreciate it. Kalau ada sape2 nak buat button orderlah kat mereka ye.

Ok. Terima kasih ~


No comments:

Post a Comment