Sejarah




PENGENALAN

KKDK juga merupakan salah satu kelab yang bernaung dibawah Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA) UTM Kuala Lumpur. Penasihat KKDK ialah, Prof Madya Dr Syed Mohamed Shafeq Bin Syed Mansor, atau dengan panggilan mesranya Pak Abeb. Beliau merupakan Timbalan pengarah, Pusat Kaunseling Dan Kerjaya (PKK) UTM Kuala Lumpur.

SEJARAH

Penubuhan KKDK telah dicetuskan daripada idea saudara Zainaol Azhar Mohd Ali yang pada masa itu merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Komputer Universiti Teknologi Malaysia. Dan mula digerakkan oleh Saudara Suhaimi Mokhtar dan rakan-rakan pada 1991. Perkhemahan pertama KKDK telah dijalankan di Kuala Kubu Baru, Seterusnya Lokasi itu menjadi ilham bagi motto KKDK iaitu “ Kearah Kecemerlangan Bersama” .

KKDK telah dilihat sebagai salah satu kelab yang paling berpotensi pada waktu itu, Akhirnya pada tahun 1995 secara rasminya KKDK telah disahkan sebagai sebuah Kelab. Pilihanraya KKDK telah diadakan bagi memilih Presiden kelab.

(Perkhemahan Penubuhan KKDK)


Berikut adalah senarai presiden KKDK dari awal penubuhannya secara rasmi pada sesi 1994/1995:-

1.       Suzaimi Salam (1995)
2.       Mohd Bakhtiar Abu Bakar (1996)
3.       Sofiuddin Mohd Isa (1997)
4.       Abdul Ruslan Azizan (1998)
5.       Ruzsyahriman Jenal (1999)
6.       Mohamad Khairi Sulaiman (2000)
7.       Mohammad Khairi Ismail (2001)
8.       Abdul Halim Abdul Rahman (2002)
9.       Mohd Amin Rahmat (2003)
10.   Shah Zulkifli Nor Arshad (2004)
11.   Mohd Azhar Jalulidin (2005)
12.   Mohd Ilman Jais (2006)
13.   Mohd Hairi Mohd (2007)
14.   Noor Al-Haq B Zainal Abidin (2008)
15.   Aiman Bin Mat Zain (2009)
16.   Wan Norrosaini Bin Wan Saidi (2010)
17.   Muhamad Khairul Fitri Bin Sarimin (2011)
18.   Syed Shahiful Adli Bin Syed Naharudin (2011)
19.   Ahmad Azimudin Azmi Bin Abdul Hamid (2012)
20.   Muhamad Nurhalim Bin Tunin (Sekarang)


(Mesyuarat Agung KKDK yang pertama)


KKDK juga pernah merasai jatuh dan bangkit, kini hampir memcecah usia 21 tahun. Semoga KKDK akan terus dipertahankan dan berkembang maju. KKDK kini telah melahirkan ramai insan-insan yang berjaya yang kini berada hampir disetiap negeri. Ahli dan alumni kkdk ada di mana-mana sahaja.

“ Selangkah anda menjejakkan kaki ke KKDK, Selamanya anda keluarga KKDK ‘’